Sunday 20 June 2010

Tumbuh-tumbuhan tundra di Siberia ,Rusia

Siberia ialah bahagian terbesar di rusia yang menganjur dari Banjaran Ural ke kawasan pantai Pasifik.Siberia dikenali sebagai bumi beku. Bahagian utara Siberia termasuk dalam bulatan Artik. Kawasan ini sentiasa diliputi oleh ais dan salji. Ke selatan Siberia mengalami iklim tundra. Musim sejuknya panjang dan amat sejuk. Suhu jatuk sehingga -14 celcius. Musim panas pendek dengan suhu lebih kurang 14 celcius - 17 celcius. Kerpasan turun dalam bentuk salji, iaitu jumlahnya lebih kurang 250 mm. Tumbuhan di tundra terdiri daripada lumut,lichen,rumput dan pokok renek. Di selatan tundra pula ialah hutan tiaga,kawasan hutan konifer yang luas di dunia. Pada musim bunga ketika salji cair,Kawasan Siberia bertukar dan ditumbuhi oleh birch yang menhijau,pokok larch dan paya. Tumbuhan tundra tahan musim sejuk yang dingin dan panjang. Musim pertumbuhan sangat pendak,iaitu ketika musim panas dengan suhu antara 14 celcius -17 celcius. Tumbuhan semula jadi di tundra seperti reindeer moss,rumput dan pokok-pokok yang boleh menghasilkan bunga dan biji benih dalam masa yang singkat.

No comments:

Post a Comment