Sunday 20 June 2010

Tumbuhan Mediterranean di Turki

Kawasan mediterranean Turki merupakan kawasan yang terletak bertentangan dengan laut mediterranean. Kawasan ini mengalami musim panas dengan suhunya antara 21 celcius - 24 celcius.Pada musim panas,angin kering dan berdebu bertiup dari gurun sahara. Musim sejuknya sederhana dan lembap dengan suhu 10 celcius - 14 celcius. Hujan maksimum turun dalam musim sejuk dan jumlah hujan tahunan lebih kurang 800mm. Hutan mediterranean jenis malar hijau,iaitu menghijau sepanjang tahun. Hutan mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana iklimnya yang dan kering. Pokok -pokok mempunyai batang beser,berebonggol, daun berlilin dan berbulu untuk mengurangkan kehilangan air pada musim panas yang kering. Pokoknya berakar panjang bagi mencari sumbar air jauh ke dalam tanah.

No comments:

Post a Comment