Saturday 19 June 2010

Pengenalan kepada Siberia

Pengenalan kepada Siberia
Siberia (bahasa Rusia: Сиби́рь, Sibir; bahasa Tatar: Seber) ialah sebuah kawasan Rusia yang amat luas yang merupakan hampir seluruh Asia Utara serta sebahagian besar Steppe Eurasia. Ia terbentang dari Pergunungan Ural ke Lautan Pasifik di timur, dan dari Lautan Artik ke bukit-bukau Kazakhstan Tengah-Utara di selatan, serta menyempadani kedua-dua Mongolia dan China. Kesemua Siberia, kecuali kawasan barat daya yang paling hujung, terletak di Rusia dan merupakan hampir 77% daripada keluasan Rusia (13.1 juta kilometer persegi), tetapi hanya mempunyai 30% daripada jumlah penduduknya (42.2 juta orang).

Siberia di Rusia:



Rusia (B. Rusia: Росси́я Rossiya) adalah sebuah negara di Eropah dan Asia tengah. Rusia ialah negara terbesar di dunia dengan keluasan 17,075,400 km², meliputi hampir dua kali ganda kawasan negara kedua terbesar, Kanada. Rusia mempunyai penduduk ke-8 terbanyak di dunia. Rusia bersempadan dengan Norway, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, Belarus, Ukraine, Georgia, Azerbaijan, Kazakhstan, China, Mongolia dan Korea Utara.

Rusia dahulunya merupakan wilayah terbesar Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991, “Persekutuan Rusia” menjadi merdeka. Rusia dianggap negara pengganti (successor state) Kesatuan Soviet dan telah mewarisi keanggotaan tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan kenaikan harga minyak, Rusia telah kembali menjadi negara berkuasa dan berpengaruh dalam ekonomi, politik dan hal-hal diplomatik dunia.

Rusia mempunyai senjata nuklear dan senjata pemusnahan besar-besaran. Di samping itu Rusia merupakan ahli Komanwel Negara-negara Merdeka dan kumpulan G8.

Bendera Rusia:



Coats of the Russian Federation:



Rusia:

Jenis-jenis Iklim
July 10th, 2009 by k1h09xwleow.ppc@smjk.edu.myDalam bidang geografi, kawasan bermusim atau kawasan beriklim sederhana meliputi kawasan sederhana sejuk dan panas yang lebih luas di hemisfera utara daripada hemisfera selatan.

Terdapat beberapa jenis iklim di kawasan bermusim:

Lautan
Mediterranean
Steppe
Siberia
Laurentia
Monsun hawa sederhana



Apakah Iklim?
Iklim (Bahasa Inggeris: climate) pada umumnya dikira sebagai keadaan cuaca yang diperolehi dalam sesuatu jangkamasa yang panjang, biasanya 30 tahun. Pada tanggapan moden, konsep iklim juga merangkumi statistik mengenai cuaca – umpamanya perbezaan suhu setiap hari ataupun perbezaan suhu tahun demi tahun.

Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The Intergovernmental Panel on Climate Change) (IPCC) adalah:

Iklim boleh ditakrifkan sebagai “cuaca secara purata”, atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca.
Pengenalan kepada Empat Musim
Empat musim
Kawasan bermusim seperti Britain, Kanada, Rusia, Itali, Jepun dan New Zealand mempunyai empat musim yang nyata dan tumbuh-tumbuhan asal yang berbeza.

Musim-musim ini membawa perubahan kapada cuaca, kehidupan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, aktiviti manusia, dalam bidang pertanian, dan kegiatan harian.

Pada musim bunga, pokok mengeluarkan daun dan bunga.
Pada musim luruh, pokok menggugurkan daunnya, juga merupakan “musim memungut”.
Pada musim panas pula cuaca sangat panas, pada waktu siang panjang dan aktiviti manusia amat giat.
Pada musim dingin/sejuk wktu siang adalah pendek, cuaca semakin sejuk, salji turun dan sungai beku.

No comments:

Post a Comment