Sunday 20 June 2010

Kawasan Tadahan Air

Hutan di kawasan tanah tinggi menjadi Kawasan Tadahan Air.Hutan berfungsi sebagai span yang menyerap air hujan di bawah tanah. Air yang diserap akan mengalir perlahan -lahan ke dalam anak sungai,kolam ,tasik dan empangan.Sumber air ini penting pada musim kemarau.Dianggarkan hutan berupaya menyerap 20%-28% air hujan yang kemudian dikembalikan ke atmosfera melalui proses resapan.Jika litupan hutan tiada ,maka air hujan akan mengalir terus ke sungai dan boleh mengakibatkan banjir kilat .Hutan membekalkan air untuk empangan seperti Tasik Kenyir(Terengganu),Tasik Pedu(Kedah) dan Tasik Temenggor(perak).

Hidupan liar di kawasan monsun tropika

Hidupan liar di kawasan tropika ialah anjing liar ,musang ,ular,landak dan rusa.Pelbagai jenis burunfg juga terdapat di kawasan ini misalnya belantuk,murai dan nuri.Terdapat juga binatang besar seperti gajah,badak sumbu dan harimau.

Hutan Monsun Tropika di Thailand

Kawasan beriklim monsun tropika tergolong dalam iklim panas.MIn suhu ialah antara 22celcius -31celcius.Suhu tertinggi dalam bulan Mac dan April.Kawasan ini mempunyai musim kemarau yang nyata dan agak panjang.Hujan maksimum turun dalam panas.Oleh sebab itu,musim panas nya lembap.Musim hujan ialah pada MEI -SEPTEMBER dan bulan -bulan lain pual ialah kering.Purata hujan tahunan antara 1000-2000mm.Tumbuhan asal terdiri daripada hutan monsun tropika.Iklim ini menggalakkan pertumbuhan pokok daun luruh dan hutan.Hutannya tumbuh sederhana padat tetapi tumbuhan di lapisan permukaan bumi adalah semak.Terdapat dua lapisan pokok.Lapisan atas terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi.Lapisan bawah terdiri daripada pokok renek dan semak-samun.Pokoknya berbatang besar,berkulit tebal,berdsaun rimbun dan lebar.Pokok meluruhkan pada musim kemarau.Pokok-pokok tersebut tumbuh secara dirian tulen,iaitu mempunyai spesies yang sama dalam sesuatu kelompok seperti pokok jati.

Hidupan Liar di kawasan Mediterranean

Hidupan liar terdiri daripada rusa(Fallow deer dan roe deer), kambing liar,kambing gurun liar,gazelle dan burung-burung. Hidupan liar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan iklim.

Tumbuhan Mediterranean di Turki

Kawasan mediterranean Turki merupakan kawasan yang terletak bertentangan dengan laut mediterranean. Kawasan ini mengalami musim panas dengan suhunya antara 21 celcius - 24 celcius.Pada musim panas,angin kering dan berdebu bertiup dari gurun sahara. Musim sejuknya sederhana dan lembap dengan suhu 10 celcius - 14 celcius. Hujan maksimum turun dalam musim sejuk dan jumlah hujan tahunan lebih kurang 800mm. Hutan mediterranean jenis malar hijau,iaitu menghijau sepanjang tahun. Hutan mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana iklimnya yang dan kering. Pokok -pokok mempunyai batang beser,berebonggol, daun berlilin dan berbulu untuk mengurangkan kehilangan air pada musim panas yang kering. Pokoknya berakar panjang bagi mencari sumbar air jauh ke dalam tanah.

Hidupan liar di kawasan tundra

Haiwan yang hidup di tundra ialah musang artik,rusa salji,karibu,beruang kutub,tikus artik,singa laut,anjing laut,lynx,hamster dan haiwan Siberia. Haiwan yang hidup di tundra mempunyai bulu dan lemak yang tebal untuk menahan kesejukan. Bagi haiwan yang aktif sepanjang tahun,ia akan bertukar warna mengikut warna alam sekeliling.Musang artik akan menukarkan bulunya menjadi putih ketika musim sejuk dan menjadi coklat ketika musim panas.Burung seperti snow goose,dan artic tern akan membiak di tundra dalam musim panas kerana terdapat banyak makanan seperti seranga dan ikan.

Tumbuh-tumbuhan tundra di Siberia ,Rusia

Siberia ialah bahagian terbesar di rusia yang menganjur dari Banjaran Ural ke kawasan pantai Pasifik.Siberia dikenali sebagai bumi beku. Bahagian utara Siberia termasuk dalam bulatan Artik. Kawasan ini sentiasa diliputi oleh ais dan salji. Ke selatan Siberia mengalami iklim tundra. Musim sejuknya panjang dan amat sejuk. Suhu jatuk sehingga -14 celcius. Musim panas pendek dengan suhu lebih kurang 14 celcius - 17 celcius. Kerpasan turun dalam bentuk salji, iaitu jumlahnya lebih kurang 250 mm. Tumbuhan di tundra terdiri daripada lumut,lichen,rumput dan pokok renek. Di selatan tundra pula ialah hutan tiaga,kawasan hutan konifer yang luas di dunia. Pada musim bunga ketika salji cair,Kawasan Siberia bertukar dan ditumbuhi oleh birch yang menhijau,pokok larch dan paya. Tumbuhan tundra tahan musim sejuk yang dingin dan panjang. Musim pertumbuhan sangat pendak,iaitu ketika musim panas dengan suhu antara 14 celcius -17 celcius. Tumbuhan semula jadi di tundra seperti reindeer moss,rumput dan pokok-pokok yang boleh menghasilkan bunga dan biji benih dalam masa yang singkat.