Negara Lain - Gurun




NEGARA LAIN

Terdapat pelbagai jenis hutan di dunia. Antaranya ialah tumbuhan gurun(Gurun Sahara),tumbbuhan tundra(Siberia Rusia), tumbuhan mediterranean (Turki) dan tumbuhan monsun tropika (Thailand).Tumbuhan Gurun Sahara
Gurun Sahara terletak di benua Afrika.kawasan in merupakan kawasan yang kering dan panas sepanjang tahun kerana beriklim gurun. Jumlah hujan kurang 250mm setahun yang turun sekali-sekala . Julat suhu harian besar. Suhu harian waktu siang 38 °c - 44°c,suhu waktu malam pula ialah 10°c -16°c . Perbezaan suhu yang ketara dipengaruhi oleh faktor kekurangan litupan awan. Keadaan ini menyebabkan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang tahan panas sahaja dapat hidup di gurun Sahara.Tumbuh-tumbuhan di gurun Sahara hidup dengan menyesuaikan diri dengan keadaan suhu yang tinggi dan persekitaran yang kering. Pokok kaktus misalnya mempunyai kulit yang tebal bagi menghalang kehilangan air. Batang pokok berlendair untuk disesuaikan dengan keadaan yang sangat kering dan dapat menyimpan air.daunnya berkilat,liat atau berbulu untuk mengurang proses sejatan seperti pokok kaktus Prickly Pear. Liang stomata berada dibawah daun supaya dapat berlindung daripada rerik matahari.Kaktus mempunyai duri yang tajam sebagai senjata daripada menjadi makanan haiwan. Tumbuhan jenis rumput mempunyai akar yang panjang dan merebak (akar samun creosoe) untuk membolehkannya memperoleh air dari dalam tanah. Daunnya keras dan kasar.Pokok tumbuh jarang-jarang bagi membolehkan pokok menyerap embalan. Bagi tumbuhan berbunga,ianya mempunyai biji yang tahun kemarau. Biji bercambah kerika musim hujan, berbunga dan mengeluarkan biji benih baru dengan serta merta. Selepas 1 hingga 2 minggu, pokok akan mati. Biji benih akan kering menunggu musim hujan berikutnya. Tumbuhan di gurun Sahara termasuklah kaktus,rumput keras ,tumbuhan berbunga,pokok renek ,samun berduri dan akasia bantut yang kesemuanya tahan panas dan kemarau.

GURUN
Hidupan liar di sahara juga hidup dengan menyesuaikan diri dalam keadaan kering dan panas.binatang-binatang tersebut ialah dhab,arnab,rusa gazelle,ular dan unta liar.kebanyakkan serangga di gurun panas hidup dengan tidur pada waktu siang yang panas dan keluar mencari makanan pada waktu malam. Serangga tinggal di dalam tanah untuk mengelakkan bahang di permukaan. Haiwan seperti dhab boleh hidup di Gurun Sahara kerana dapat menyesuaikan suhu badan dengan keadaan siang yang panas dan malam yang sejuk. Unta liar pula mengandungi kandungan lemak pada badannya yang membolehkannya hidup tanpa air untuk beberapa minggu.Cicak mempunyai badan bersisik untuk mengurangkan kehilangan air. Gazelle mempunyai kakai panjang dapat berlari jauh untuk mencari makanan. Tikus jerboa hidup dalam tanah dan menutup lubang pada waktu siang untuk mengelakkan panas.Musang fennec mempunyai telinga lebar yang berfungsi sebagai penyejuk.