Sunday 20 June 2010

Kawasan Tadahan Air

Hutan di kawasan tanah tinggi menjadi Kawasan Tadahan Air.Hutan berfungsi sebagai span yang menyerap air hujan di bawah tanah. Air yang diserap akan mengalir perlahan -lahan ke dalam anak sungai,kolam ,tasik dan empangan.Sumber air ini penting pada musim kemarau.Dianggarkan hutan berupaya menyerap 20%-28% air hujan yang kemudian dikembalikan ke atmosfera melalui proses resapan.Jika litupan hutan tiada ,maka air hujan akan mengalir terus ke sungai dan boleh mengakibatkan banjir kilat .Hutan membekalkan air untuk empangan seperti Tasik Kenyir(Terengganu),Tasik Pedu(Kedah) dan Tasik Temenggor(perak).

Hidupan liar di kawasan monsun tropika

Hidupan liar di kawasan tropika ialah anjing liar ,musang ,ular,landak dan rusa.Pelbagai jenis burunfg juga terdapat di kawasan ini misalnya belantuk,murai dan nuri.Terdapat juga binatang besar seperti gajah,badak sumbu dan harimau.

Hutan Monsun Tropika di Thailand

Kawasan beriklim monsun tropika tergolong dalam iklim panas.MIn suhu ialah antara 22celcius -31celcius.Suhu tertinggi dalam bulan Mac dan April.Kawasan ini mempunyai musim kemarau yang nyata dan agak panjang.Hujan maksimum turun dalam panas.Oleh sebab itu,musim panas nya lembap.Musim hujan ialah pada MEI -SEPTEMBER dan bulan -bulan lain pual ialah kering.Purata hujan tahunan antara 1000-2000mm.Tumbuhan asal terdiri daripada hutan monsun tropika.Iklim ini menggalakkan pertumbuhan pokok daun luruh dan hutan.Hutannya tumbuh sederhana padat tetapi tumbuhan di lapisan permukaan bumi adalah semak.Terdapat dua lapisan pokok.Lapisan atas terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi.Lapisan bawah terdiri daripada pokok renek dan semak-samun.Pokoknya berbatang besar,berkulit tebal,berdsaun rimbun dan lebar.Pokok meluruhkan pada musim kemarau.Pokok-pokok tersebut tumbuh secara dirian tulen,iaitu mempunyai spesies yang sama dalam sesuatu kelompok seperti pokok jati.

Hidupan Liar di kawasan Mediterranean

Hidupan liar terdiri daripada rusa(Fallow deer dan roe deer), kambing liar,kambing gurun liar,gazelle dan burung-burung. Hidupan liar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan iklim.

Tumbuhan Mediterranean di Turki

Kawasan mediterranean Turki merupakan kawasan yang terletak bertentangan dengan laut mediterranean. Kawasan ini mengalami musim panas dengan suhunya antara 21 celcius - 24 celcius.Pada musim panas,angin kering dan berdebu bertiup dari gurun sahara. Musim sejuknya sederhana dan lembap dengan suhu 10 celcius - 14 celcius. Hujan maksimum turun dalam musim sejuk dan jumlah hujan tahunan lebih kurang 800mm. Hutan mediterranean jenis malar hijau,iaitu menghijau sepanjang tahun. Hutan mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana iklimnya yang dan kering. Pokok -pokok mempunyai batang beser,berebonggol, daun berlilin dan berbulu untuk mengurangkan kehilangan air pada musim panas yang kering. Pokoknya berakar panjang bagi mencari sumbar air jauh ke dalam tanah.

Hidupan liar di kawasan tundra

Haiwan yang hidup di tundra ialah musang artik,rusa salji,karibu,beruang kutub,tikus artik,singa laut,anjing laut,lynx,hamster dan haiwan Siberia. Haiwan yang hidup di tundra mempunyai bulu dan lemak yang tebal untuk menahan kesejukan. Bagi haiwan yang aktif sepanjang tahun,ia akan bertukar warna mengikut warna alam sekeliling.Musang artik akan menukarkan bulunya menjadi putih ketika musim sejuk dan menjadi coklat ketika musim panas.Burung seperti snow goose,dan artic tern akan membiak di tundra dalam musim panas kerana terdapat banyak makanan seperti seranga dan ikan.

Tumbuh-tumbuhan tundra di Siberia ,Rusia

Siberia ialah bahagian terbesar di rusia yang menganjur dari Banjaran Ural ke kawasan pantai Pasifik.Siberia dikenali sebagai bumi beku. Bahagian utara Siberia termasuk dalam bulatan Artik. Kawasan ini sentiasa diliputi oleh ais dan salji. Ke selatan Siberia mengalami iklim tundra. Musim sejuknya panjang dan amat sejuk. Suhu jatuk sehingga -14 celcius. Musim panas pendek dengan suhu lebih kurang 14 celcius - 17 celcius. Kerpasan turun dalam bentuk salji, iaitu jumlahnya lebih kurang 250 mm. Tumbuhan di tundra terdiri daripada lumut,lichen,rumput dan pokok renek. Di selatan tundra pula ialah hutan tiaga,kawasan hutan konifer yang luas di dunia. Pada musim bunga ketika salji cair,Kawasan Siberia bertukar dan ditumbuhi oleh birch yang menhijau,pokok larch dan paya. Tumbuhan tundra tahan musim sejuk yang dingin dan panjang. Musim pertumbuhan sangat pendak,iaitu ketika musim panas dengan suhu antara 14 celcius -17 celcius. Tumbuhan semula jadi di tundra seperti reindeer moss,rumput dan pokok-pokok yang boleh menghasilkan bunga dan biji benih dalam masa yang singkat.

Saturday 19 June 2010

Pengenalan kepada Siberia

Pengenalan kepada Siberia
Siberia (bahasa Rusia: Сиби́рь, Sibir; bahasa Tatar: Seber) ialah sebuah kawasan Rusia yang amat luas yang merupakan hampir seluruh Asia Utara serta sebahagian besar Steppe Eurasia. Ia terbentang dari Pergunungan Ural ke Lautan Pasifik di timur, dan dari Lautan Artik ke bukit-bukau Kazakhstan Tengah-Utara di selatan, serta menyempadani kedua-dua Mongolia dan China. Kesemua Siberia, kecuali kawasan barat daya yang paling hujung, terletak di Rusia dan merupakan hampir 77% daripada keluasan Rusia (13.1 juta kilometer persegi), tetapi hanya mempunyai 30% daripada jumlah penduduknya (42.2 juta orang).

Siberia di Rusia:



Rusia (B. Rusia: Росси́я Rossiya) adalah sebuah negara di Eropah dan Asia tengah. Rusia ialah negara terbesar di dunia dengan keluasan 17,075,400 km², meliputi hampir dua kali ganda kawasan negara kedua terbesar, Kanada. Rusia mempunyai penduduk ke-8 terbanyak di dunia. Rusia bersempadan dengan Norway, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, Belarus, Ukraine, Georgia, Azerbaijan, Kazakhstan, China, Mongolia dan Korea Utara.

Rusia dahulunya merupakan wilayah terbesar Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991, “Persekutuan Rusia” menjadi merdeka. Rusia dianggap negara pengganti (successor state) Kesatuan Soviet dan telah mewarisi keanggotaan tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan kenaikan harga minyak, Rusia telah kembali menjadi negara berkuasa dan berpengaruh dalam ekonomi, politik dan hal-hal diplomatik dunia.

Rusia mempunyai senjata nuklear dan senjata pemusnahan besar-besaran. Di samping itu Rusia merupakan ahli Komanwel Negara-negara Merdeka dan kumpulan G8.

Bendera Rusia:



Coats of the Russian Federation:



Rusia:

Jenis-jenis Iklim
July 10th, 2009 by k1h09xwleow.ppc@smjk.edu.myDalam bidang geografi, kawasan bermusim atau kawasan beriklim sederhana meliputi kawasan sederhana sejuk dan panas yang lebih luas di hemisfera utara daripada hemisfera selatan.

Terdapat beberapa jenis iklim di kawasan bermusim:

Lautan
Mediterranean
Steppe
Siberia
Laurentia
Monsun hawa sederhana



Apakah Iklim?
Iklim (Bahasa Inggeris: climate) pada umumnya dikira sebagai keadaan cuaca yang diperolehi dalam sesuatu jangkamasa yang panjang, biasanya 30 tahun. Pada tanggapan moden, konsep iklim juga merangkumi statistik mengenai cuaca – umpamanya perbezaan suhu setiap hari ataupun perbezaan suhu tahun demi tahun.

Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The Intergovernmental Panel on Climate Change) (IPCC) adalah:

Iklim boleh ditakrifkan sebagai “cuaca secara purata”, atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca.
Pengenalan kepada Empat Musim
Empat musim
Kawasan bermusim seperti Britain, Kanada, Rusia, Itali, Jepun dan New Zealand mempunyai empat musim yang nyata dan tumbuh-tumbuhan asal yang berbeza.

Musim-musim ini membawa perubahan kapada cuaca, kehidupan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, aktiviti manusia, dalam bidang pertanian, dan kegiatan harian.

Pada musim bunga, pokok mengeluarkan daun dan bunga.
Pada musim luruh, pokok menggugurkan daunnya, juga merupakan “musim memungut”.
Pada musim panas pula cuaca sangat panas, pada waktu siang panjang dan aktiviti manusia amat giat.
Pada musim dingin/sejuk wktu siang adalah pendek, cuaca semakin sejuk, salji turun dan sungai beku.

Ekonomi di Siberia

Ekonomi di Siberia
Siberia amat kaya dengan galian dan mempunyai bijih-bijih untu hampir semua logam yang bernilai dari segi ekonomi — sebahagian besarnya kerana ketiadaan glasieran kuaterner di luar kawasan-kawasan tanah tinggi. Siberia mempunyai sesetengah daripada mendapan-mendapan nikel, emas, plumbum, molibdenum, intan, perak, dan zink yang terbesar di dunia, serta juga sumber-sumber minyak dan gas asli yang amat besar yang masih belum dieksploitasikan. Kebanyakan ini terletak di bahagian timur yang sejuk dan terpencil, dengan akibat bahawa pelombongannya terbukti susah dan hanya bermula pada skala yang besar selepas Stalin bangkit untuk berkuasa dan mengembangkan kem-kem buruh paksa untuk mengatasi kesusahan menarik buruh-buruh ke iklim yang tidak menyenangkan.

Pertanian amat tersekat oleh musim tumbuh yang pendek di kebanyakan kawasan. Bagaimanapun, di kawasan barat daya yang mempunyai tanih hitam yang terlalu subur serta iklim yang sedikit lebih sederhana, terdapat penanaman gandum, barli, rai, dan ubi kentang yang luas, bersama-sama dengan penternakan sebilangan besar biri-biri dan lembu. Disebabkan oleh tanih-tanih podzol yang tidak subur dan musim tumbuh yang terlalu pendek, pengeluaran makanan dihadkan kepada penggembalaan rusa salji di kawasan tundra, suatu gaya hidup yang telah diamalkan oleh orang-orang asli sejak melebih sepuluh ribu tahun dahulu.

Siberia mempunyai hutan-hutan yang terbesar di dunia. Kayu balak masih merupakan sumber hasil yang penting, walaupun banyak hutan di timur telah dibalak jauh lebih cepat daripada pemulihannya. Laut Okhotsk ialah salah satu daripada dua atau tiga kawasan perikanan yang terkaya di dunia kerana arus dinginnya dan julat pasang surut yang terlalu besar. Oleh itu, Siberia menghasilkan melebihi 10% daripada tangkapan ikan tahunan di dunia, walaupun industri perikanan telah mengalami setakat kemerosotan sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Sektor perindustrian yang diperkembangkan hanya kerana industri-industri di Rusia Barat yang membantu Perang Dunia IImenghadapi ancaman tentera Nazi, telah merosot dengan ketara sejak kejatuhan Kesatuan Soviet. Pada suatu ketika, terdapat kilang-kilang yang besar di Siberia Barat serta juga banyak kilang di sekeliling Tasik Baikal, tetapi kesemua ini telah tutup sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Iklim Siberia
Iklim Siberia berbeza-beza secara dramatik, dengan pantai utara Bulatan Artik mengalami musim panas yang amat pendek selama kira-kira sebulan.

Hampir semua penduduk tinggal di kawasan selatan di sepanjang Landasan Keretapi Rentas Siberia. Iklim di sini adalah subartik kebenuaan, dengan suhu purata tahunan sebanyak kira-kira 0°C (32°F) dan kira-kira −15°C (-5 F) pada puratanya dalam bulan Januari serta +20°C (68°F) dalam bulan Julai. Dengan musim tumbuh yang boleh diharap, banyak sinaran matahari dan tanih cernozempertanian yang menguntungkan, seperti dibuktikan pada awal abad ke-20. yang amat subur, Siberia Selatan memadai untuk

Angin-angin barat daya di Siberia Selatan membawa udara hangat dari Asia Tengah dan Timur Tengah. Iklim Siberia Barat (Omsk, Novosibirsk) adalah beberapa darjah lebih hangat daripada iklim di Timur (Irkutsk, Chita). Dengan suhu tercatat yang paling rendah sebanyak -71.2°C (-96.1 F), Oymyakon (Republik Sakha) merupakan bandar yang paling sejuk di Bumi. Walaupun demikian, suhu musim panas di berbagai-bagai kawasan di sini mencapai +36…+38°C. Secara amnya, Sakha ialah kawasan Siberia yang tersejuk, dengan lembangan Sungai Yana mempunyai suhu-suhu yang paling rendah, serta ibun abadi yang mencapai 1,493 meter (4,900 kaki) tingginya. Bagi para perancang penempatan Empayar Rusia, kesejukan di sini tidak pernah dilihatkan sebagai suatu persoalan. Pada musim sejuk, Siberia Selatan berkedudukan di pusat Tekanan tinggi Siberia separa tetap dan oleh itu, angin-anginnya biasanya lembut ketika itu.

Hujan di Siberia umumnya sedikit dan melebihi 500 mm (20 inci) hanya di Kamchatka yang mendapat angin lembap yang mengalir dari Laut Okhotsk ke gunung-gunung tinggi — menghasilkan glasier-glasier utama yang tunggal di kawasan ini — dan di kebanyakan kawasan Primorye di hujung yang paling selatan yang pengaruh monsun boleh menghasilkan hujan musim panas yang agak lebat. Walaupun kawasan ini terkenal kerana terlalu sejuk, jumlah salji yang turun umumnya adalah terlalu sedikit, khususnya di bahagian timur kawasan ini.
Pokok Tirus
Pokok tirus (Taiga) pada musim sejuk


Siberian Animals
Siberian husky

Siberian white tiger


Soalan-soalan Ulangkaji
Pertanian campur di Siberia ialah menanam ______, oay, menternak lembu, ______ dan itik.

A. padi, kambing

B. ubi kentang, ayam

C. ubi kentang, anjing

D. padi, ayam

2. Kawasan Siberia, Rusia penting sebagai pengluar kayu-kayan tropika.————(Betul/Salah)

3. Kawasan yang manakah ditumbuhi hutan taiga yang paling luas di dunia?

A. Greenland

B. Siberia

C. Gurun Thar

D. Banjaran Titiwangsa

4. ______ merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk kerana Siberia ditumbuhi _______ yang paling luas di dunia.

5. ______ binatang dijalankan pada musim sejuk untuk mendapatkan bulu dan kulit.

Tuliskan jawapan anda dan menyemak jawapan anda dengan jawapan yang disediakan.

Jawapan:

1. B.

2. Salah

3. B.

4. Kegiatan pembalakan, hutan pokok tirus/hutan konifer

5. Kegiatan memburu dan menjerat



Senarai Rujukan
How Do I Post Comments?
If you’d like to post comments, here are the instructions:

1. Click on the title you’d like to comment on.

2. Scroll down and you will see a white box to post comments in.

3. Click on ‘Submit’ and you’re done!!

Latihan-latihan dari Buku Rujukan tentang Siberia
Pada musim panas, kegiatan ekonomi utama penduduk di Siberia ialah
A. menternak lembu tenusu dan ayam
B. menanam bijirin dan ubi kentang
C. memburu binatang
D. membalak

2. Pemburuan binatang untuk mendapatkan bulu dijalankan pada musim

A. sejuk
B. bunga
C. panas
D. luruh

3. Kaum Samoyed dan Yakut
Beruang, musang kecil, tupai dan rubah

Apakah aktiviti yang berkaitan dengan maklumat di atas?

A. pertanian
B. penternakan
C. pemburuan
D. pelancongan

4. Malaysia – 2°C(julat suhu tahunan)
Siberia – 65°C(julat suhu tahunan)

Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan julat suhu tahunan antara tempat di atas?

A. tekanan udara
B. kepulauan
C. kebenuaan
D. litupan awan

5. Pertanian di Siberia kurang maju disebabkan oleh

A. musim panas yang pendek
B. musim sejuk yang pendek
C. hujan sepanjang tahun
D. kedudukan yang jauh dari laut
Jawapan:

1. B

2. A

3. C

4. C
Nota-nota Ringkas tentang Siberia
1. mengalami iklim Siberia

2. musim panas – sederhana panas, singkat(15°C – 20°C)
musim sejuk – amat sejuk, panjang(-5°C to -17°C)

3. julat suhu tahunan – besar(melebihi 30°C)

4. musim bunga luruh – singkat

5. jumlah kerpasan – sedikit(500mm)

6. musim panas – hujan perolakan
musim sejuk – salji

7. musim sejuk mengehadkan pertanian
-pertanian campur di barat & barat daya Siberia(iklim lebih panas)

8. menternak lembu daging, lembu tenusu

9. pembalakan – kegiatan ekonomi utama
- hutan konifer hasilkan kayu jenis lembut utk buat perabot, pulpa, kertas

10. menebang pokok tirus – musim sejuk
- getah pokok konifer beku memudahkan kerja penebangan
- tanah beku & licin memudahlan balak ditarik ke sungai

11. kawasan hutan konifer – habitat semula jadi hidupan liar
- contoh: tupai, musang, rubah putih, mink

13. musim sejuk – menjerat binatang

bulu & kulit- buat pakaian panas & barang kulit

14, kegiatan perlombongan – gas asli, petroleum, batu permata, arang batu, emas, kuprum
- petroleum, gas asli di Sungai Vilyui & timur Siberia sejak 1960-an

5. A

Friday 18 June 2010

Tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di negara lain

Terdapat pelbagai jenis hutan di dunia. Antaranya ialah tumbuhan gurun(Gurun Sahara),tumbbuhan tundra(Siberia Rusia), tumbuhan mediterranean (Turki) dan tumbuhan monsun tropika (Thailand).Tumbuhan Di Gurun Sahara
Gurun Sahara terletak di benua Afrika.kawasan in merupakan kawasan yang kering dan panas sepanjang tahun kerana beriklim gurun. Jumlah hujan kurang 250mm setahun yang turun sekali-sekala . Julat suhu harian besar. Suhu harian waktu siang 38 °c - 44°c,suhu waktu malam pula ialah 10°c -16°c . Perbezaan suhu yang ketara dipengaruhi oleh faktor kekurangan litupan awan. Keadaan ini menyebabkan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang tahan panas sahaja dapat hidup di gurun Sahara.Tumbuh-tumbuhan di gurun Sahara hidup dengan menyesuaikan diri dengan keadaan suhu yang tinggi dan persekitaran yang kering. Pokok kaktus misalnya mempunyai kulit yang tebal bagi menghalang kehilangan air. Batang pokok berlendair untuk disesuaikan dengan keadaan yang sangat kering dan dapat menyimpan air.daunnya berkilat,liat atau berbulu untuk mengurang proses sejatan seperti pokok kaktus Prickly Pear. Liang stomata berada dibawah daun supaya dapat berlindung daripada rerik matahari.Kaktus mempunyai duri yang tajam sebagai senjata daripada menjadi makanan haiwan. Tumbuhan jenis rumput mempunyai akar yang panjang dan merebak (akar samun creosoe) untuk membolehkannya memperoleh air dari dalam tanah. Daunnya keras dan kasar.Pokok tumbuh jarang-jarang bagi membolehkan pokok menyerap embalan. Bagi tumbuhan berbunga,ianya mempunyai biji yang tahun kemarau. Biji bercambah kerika musim hujan, berbunga dan mengeluarkan biji benih baru dengan serta merta. Selepas 1 hingga 2 minggu, pokok akan mati. Biji benih akan kering menunggu musim hujan berikutnya. Tumbuhan di gurun Sahara termasuklah kaktus,rumput keras ,tumbuhan berbunga,pokok renek ,samun berduri dan akasia bantut yang kesemuanya tahan panas dan kemarau.

Saliran

Kawasan Kaki Bukit yang bersaliran baik ditumbuhi hutan hujan tropika yang semak dan padat di kaki banjaran gunung. Kawasan pinggir pantai berpasir ditumbuhi hutan pantai.Kawasan pinggir laut berlumpur dan terlindung ditumbuhi hutan bakau,api-api dan kempas. Kawasan tanah rendah yang ditakungi air dipedalaman ditumbuhi hutan paya air tawar seperti di sekitar Tasik Chini,tasik Bera dan Loagan Bunut.Kawasan bersaliran baik di tanah tinggi melebihi paras 1200 m ditumbuhi hutan gunung seperti di banjaran Crocker dan Banjaran Titiwangsa.

Tanih

terdapat pelbagai jenis tanih di Malaysia seperti tanih aluvium ,tanih gambut,taanih laterit dan tanih berlumpur. Kawasan bertanih laterit ditumbuhi oleh hutan hujan tropika dan juga hutan gunung. Kawasan tanih aluvium dan berlumpur ditumbihi hutan paya bakau seperti di pinggir laut Selangor. kawasan bertanih gambut yang bersaliran buruk ditumbuhi hutan paya air tawar seperti di dataran Johor. jkawasan tanih liat ditumbuhi hutan paya air masin dan air tawar. kawasan tanih berpasir ditumbuhi hutan pantai.

faktor-faktor yang mempengaruhi Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi Negara Malaysia

kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia dipengaruhi oleh faktor-faktor:
(a)bentuk muka bumi (b)Iklim (c) Tanih (d) Saliran
faktor-faktor ini saling berkaitan mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semula jadi.

Iklim
Suhu kira-kira 27 celcius dan hujan tahunan 2600 mm telah menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi seperti hutan hujan tropika,hutan paya dan hutan pantai.
Hutan tersebut jenis malar hijau, iaitu menghijau sepanjang tahun kerana menerima hujan secara berterusan.Hutan hujan tropika tumbuh padat dan semak kerana pengaruh iklimn yang panas dan lembap sepanjang tahun.


Bentuk muka bumi
Terdapat bentuk muka bumi seperti tanah pamah,tanah tinggi,kawasan berpaya, pantai berlumpu dan pantai berpasir.kawasan berbukit yang ketinggiannya antara 300 hingga 1200 meter ditumbuhi hutan hujan tropika yang semak dan padat.pinggir laut berlumpur dan terlindung ditumbuhi hutan paya bakau seperti di pantai timur laut Sabah. Kawasan pedalaman yang ditakungi air ditumbuhi hutan paya air tawar seperti disekitar Tasik Loagan Bunut,Tasik bera dan dataran Johor. kawasan pantai berpasir yang ditumbuhi hutan pantai ialah Cherating(Pahang),Pantai Sri Tujuh (Kelantan) dan port Dickson(Negari sembilan). Kawasan tanah tinggi yang melebuhi8 1200m ditumbuhi hutan gunung seperti di Banjaran Crocker.

Importance of Plants

Aesthetics

Plants have great "aesthetic" value which means they add to the beauty of the places that we live. How many of us would be want to live without the plants around us, including the forests, woodlands, and grasslands surrounding our towns and cities? Native grasses and wildflowers provide use with a link to our history.



Medicine

Throughout history plants have been of great importance to medicine. Eighty percent of all medicinal drugs originate in wild plants. In fact, 25 percent of all prescriptions written annually in the United States contain chemicals from plants.



In spite of all the medical advances, only 2 percent of the world's plant species have ever been tested for their medical potential. That means there are many important drugs yet to be discovered.



Food

Although some 3,000 species of plants have been used as food by humans, 90 percent of the world's food comes from only 20 plant species. Three species of grasses--rice, wheat, and corn-are the most important food plants.



Industrial Products

Plants are also very important for the goods they provide. Fibers from plants provide clothing. Wood used to build our homes depends on plants. Some fuel products are made from plants, like ethanol made from corn and soy diesel made from soybeans.



Recreation

Plant communities form the basis for many important recreational activities, including hiking, fishing, hunting, and nature observation.



Air Quality

The oxygen in the air we breathe comes from the photosynthesis of plants. The quality of the air can be greatly influenced by plants. Plants can stop the movement of dust and pollutants. Through the intake of carbon dioxide, plants can also lessen the greenhouse effect caused from the burning of fossil fuels like coal.



Water Quality

Plants are extremely important to the quality of the water we use. A diverse cover of plants aids in maintaining healthy watersheds, streams, and lakes by holding soil in place, controlling stream flows, and filtering sediments from water.



Erosion Control

The delicate wildflowers that dot the roadsides in Iowa during the spring, summer and fall, protect the soil from erosion caused by heavy rains. Without enough plant cover, wind or water erodes the thin layer of soil that we depend on.



Climate

Regional climates are impacted by the amount and type of plant cover. Forest and marshes, for example, can cool local climates. Natural disasters, such as drought, have been blamed on the destruction of forests and other critically important plant communities.



Fish and Wildlife Habitat

Plants and plant communities provide the necessary habitat (a place to live) for wildlife and fish populations.



Ecosystem

The word "ecosystem" means the way in which humans, plants and animals all live together supporting each other. Every species serves an important role or purpose in their community.

Monday 14 June 2010

Hutan Paya air Masin

Pokok bakau mempunyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan lumpur.Akar ceracak ini berperanan menyerap oksigen seperti bakau api-api dan perepat.Pokok bakau berdaun lebar dan liat.Daunnya mempunyai kelenjar yang berfungsi mengeluarkan garam berlebihan dalam pokok.Antara kawasan yang ditumbuhi hutan paya air masin ialah Larut Matang(Perak),muara sungai Bernam(Selangor),pinggir laut Johor ,pantai timur sabah,muara sungai rajang (sarawak)dan Sungai baram (sarawak).

Sunday 13 June 2010

HUTAN PAYA AIR MASIN

Hutan paya terdiri daripada hutan air masin (paya bakau) dan hutan paya air tawar(paya gambut).Hutan air masin di pinggir laut berlumpur dipengaruhi oleh air laut.Ciri menarik menarik ini sesuai untuk tumbuh-tumbuhan yang hidup dalm habitat separa tenggelam dan berlumpur.Spesies utama ini ialah pokok bakau seperti bakau kurap dan bakau minyak.

Saturday 12 June 2010

hutan tropika

Tumbuhan menumpang yang lain di hutan hujan topika ialah epifit dan saprofit.Epifit ialah tumbuhan paku pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain.Akar epifit biasanya tumbuh bersama tumbuhan lumut,mengumpul humus dan menyerap air seperti epifit paku langsuyar.Saproft merupakan kulat yang bergantung hidup kepada tumbuhan lain.Kulat pentin untuk menjadi ejen pereput dan pengurai kayu atau sampah -sarap dalam hutan untuk membentuk kitaran nutrien.Haiwan yang mendiami lapisan ini adalah seperti seladang ,tenuk ,cipan,landak ,rusa dan gajah.Lipisan tengah biasanya mempunyai kanopi bujur dan contoh pokok di lapisan ini ialah sentul.terdapat tumbuhan epifit ,parasit dan lina yang menumpang di pokok besar .Lapisan kanopi mempunyai pokok-pokok yang tumbuh erat dan membentuk kanopi yang rapat.Ini menghalang sinaran matahari sampai ke lantai hutan .Lapisan renjong (emergen) biasanya mempunyai pokok yang tinggi ,berbatang lurus dan berakar banir .Antaranya pokok-pokok ialah tualang,rengas dan tembusu yang ersaing mendapatkan cahaya matahari.Pokok berakar bnir dapat sokongnya daripada tumbang.
(info bestari)Pokok tualang ialah pokok yang tertinggi di MALAYSIA.Di semenangjung Malaysia ,ketinggiannya yang tercatat ialah 80.72 m dan sarawak ialah 83.82m.

Tuesday 1 June 2010

Lantai hutan

Terdapat pokok renek ,herba,paku pakis dan paka di lapisan lantai hutan.Jarang ada pokok tumbuh di lapisan ini kerana kurang menerima sinaran matahari akibat dilindungi daun pokok yang rimbun.Keadaan lapisan yang gelap menyebabkan pertumbuhan saprofit seperti kulat dan cendawan.

Monday 31 May 2010

HUTAN HUJAN TROPIKA

Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di negara kita

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang indah.
Iklim dan tanih antara faktor yang mempengaruhi kesuburan tumbuhan ini.Tumbuhan semula jadi yang penting:hutan hujan tropika,hutan paya,paya air masin,paya air tawar ,hutan pantai dan hutan gunung.

Monday 8 March 2010

Geografi


Penghargaan


Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru geografi saya iaitu Cik.Yap Phaik Yan atas bimbingan dan tujuk ajar yang diberikan sepanjang penghasilan blog Geografi ini.
Akhir sekali, kami juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya atas kerjasama yang diberikan kepada kami.