Saturday 19 June 2010

Pengenalan kepada Siberia

Pengenalan kepada Siberia
Siberia (bahasa Rusia: Сиби́рь, Sibir; bahasa Tatar: Seber) ialah sebuah kawasan Rusia yang amat luas yang merupakan hampir seluruh Asia Utara serta sebahagian besar Steppe Eurasia. Ia terbentang dari Pergunungan Ural ke Lautan Pasifik di timur, dan dari Lautan Artik ke bukit-bukau Kazakhstan Tengah-Utara di selatan, serta menyempadani kedua-dua Mongolia dan China. Kesemua Siberia, kecuali kawasan barat daya yang paling hujung, terletak di Rusia dan merupakan hampir 77% daripada keluasan Rusia (13.1 juta kilometer persegi), tetapi hanya mempunyai 30% daripada jumlah penduduknya (42.2 juta orang).

Siberia di Rusia:



Rusia (B. Rusia: Росси́я Rossiya) adalah sebuah negara di Eropah dan Asia tengah. Rusia ialah negara terbesar di dunia dengan keluasan 17,075,400 km², meliputi hampir dua kali ganda kawasan negara kedua terbesar, Kanada. Rusia mempunyai penduduk ke-8 terbanyak di dunia. Rusia bersempadan dengan Norway, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, Belarus, Ukraine, Georgia, Azerbaijan, Kazakhstan, China, Mongolia dan Korea Utara.

Rusia dahulunya merupakan wilayah terbesar Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991, “Persekutuan Rusia” menjadi merdeka. Rusia dianggap negara pengganti (successor state) Kesatuan Soviet dan telah mewarisi keanggotaan tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan kenaikan harga minyak, Rusia telah kembali menjadi negara berkuasa dan berpengaruh dalam ekonomi, politik dan hal-hal diplomatik dunia.

Rusia mempunyai senjata nuklear dan senjata pemusnahan besar-besaran. Di samping itu Rusia merupakan ahli Komanwel Negara-negara Merdeka dan kumpulan G8.

Bendera Rusia:



Coats of the Russian Federation:



Rusia:

Jenis-jenis Iklim
July 10th, 2009 by k1h09xwleow.ppc@smjk.edu.myDalam bidang geografi, kawasan bermusim atau kawasan beriklim sederhana meliputi kawasan sederhana sejuk dan panas yang lebih luas di hemisfera utara daripada hemisfera selatan.

Terdapat beberapa jenis iklim di kawasan bermusim:

Lautan
Mediterranean
Steppe
Siberia
Laurentia
Monsun hawa sederhana



Apakah Iklim?
Iklim (Bahasa Inggeris: climate) pada umumnya dikira sebagai keadaan cuaca yang diperolehi dalam sesuatu jangkamasa yang panjang, biasanya 30 tahun. Pada tanggapan moden, konsep iklim juga merangkumi statistik mengenai cuaca – umpamanya perbezaan suhu setiap hari ataupun perbezaan suhu tahun demi tahun.

Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The Intergovernmental Panel on Climate Change) (IPCC) adalah:

Iklim boleh ditakrifkan sebagai “cuaca secara purata”, atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca.
Pengenalan kepada Empat Musim
Empat musim
Kawasan bermusim seperti Britain, Kanada, Rusia, Itali, Jepun dan New Zealand mempunyai empat musim yang nyata dan tumbuh-tumbuhan asal yang berbeza.

Musim-musim ini membawa perubahan kapada cuaca, kehidupan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, aktiviti manusia, dalam bidang pertanian, dan kegiatan harian.

Pada musim bunga, pokok mengeluarkan daun dan bunga.
Pada musim luruh, pokok menggugurkan daunnya, juga merupakan “musim memungut”.
Pada musim panas pula cuaca sangat panas, pada waktu siang panjang dan aktiviti manusia amat giat.
Pada musim dingin/sejuk wktu siang adalah pendek, cuaca semakin sejuk, salji turun dan sungai beku.

Ekonomi di Siberia

Ekonomi di Siberia
Siberia amat kaya dengan galian dan mempunyai bijih-bijih untu hampir semua logam yang bernilai dari segi ekonomi — sebahagian besarnya kerana ketiadaan glasieran kuaterner di luar kawasan-kawasan tanah tinggi. Siberia mempunyai sesetengah daripada mendapan-mendapan nikel, emas, plumbum, molibdenum, intan, perak, dan zink yang terbesar di dunia, serta juga sumber-sumber minyak dan gas asli yang amat besar yang masih belum dieksploitasikan. Kebanyakan ini terletak di bahagian timur yang sejuk dan terpencil, dengan akibat bahawa pelombongannya terbukti susah dan hanya bermula pada skala yang besar selepas Stalin bangkit untuk berkuasa dan mengembangkan kem-kem buruh paksa untuk mengatasi kesusahan menarik buruh-buruh ke iklim yang tidak menyenangkan.

Pertanian amat tersekat oleh musim tumbuh yang pendek di kebanyakan kawasan. Bagaimanapun, di kawasan barat daya yang mempunyai tanih hitam yang terlalu subur serta iklim yang sedikit lebih sederhana, terdapat penanaman gandum, barli, rai, dan ubi kentang yang luas, bersama-sama dengan penternakan sebilangan besar biri-biri dan lembu. Disebabkan oleh tanih-tanih podzol yang tidak subur dan musim tumbuh yang terlalu pendek, pengeluaran makanan dihadkan kepada penggembalaan rusa salji di kawasan tundra, suatu gaya hidup yang telah diamalkan oleh orang-orang asli sejak melebih sepuluh ribu tahun dahulu.

Siberia mempunyai hutan-hutan yang terbesar di dunia. Kayu balak masih merupakan sumber hasil yang penting, walaupun banyak hutan di timur telah dibalak jauh lebih cepat daripada pemulihannya. Laut Okhotsk ialah salah satu daripada dua atau tiga kawasan perikanan yang terkaya di dunia kerana arus dinginnya dan julat pasang surut yang terlalu besar. Oleh itu, Siberia menghasilkan melebihi 10% daripada tangkapan ikan tahunan di dunia, walaupun industri perikanan telah mengalami setakat kemerosotan sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Sektor perindustrian yang diperkembangkan hanya kerana industri-industri di Rusia Barat yang membantu Perang Dunia IImenghadapi ancaman tentera Nazi, telah merosot dengan ketara sejak kejatuhan Kesatuan Soviet. Pada suatu ketika, terdapat kilang-kilang yang besar di Siberia Barat serta juga banyak kilang di sekeliling Tasik Baikal, tetapi kesemua ini telah tutup sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Iklim Siberia
Iklim Siberia berbeza-beza secara dramatik, dengan pantai utara Bulatan Artik mengalami musim panas yang amat pendek selama kira-kira sebulan.

Hampir semua penduduk tinggal di kawasan selatan di sepanjang Landasan Keretapi Rentas Siberia. Iklim di sini adalah subartik kebenuaan, dengan suhu purata tahunan sebanyak kira-kira 0°C (32°F) dan kira-kira −15°C (-5 F) pada puratanya dalam bulan Januari serta +20°C (68°F) dalam bulan Julai. Dengan musim tumbuh yang boleh diharap, banyak sinaran matahari dan tanih cernozempertanian yang menguntungkan, seperti dibuktikan pada awal abad ke-20. yang amat subur, Siberia Selatan memadai untuk

Angin-angin barat daya di Siberia Selatan membawa udara hangat dari Asia Tengah dan Timur Tengah. Iklim Siberia Barat (Omsk, Novosibirsk) adalah beberapa darjah lebih hangat daripada iklim di Timur (Irkutsk, Chita). Dengan suhu tercatat yang paling rendah sebanyak -71.2°C (-96.1 F), Oymyakon (Republik Sakha) merupakan bandar yang paling sejuk di Bumi. Walaupun demikian, suhu musim panas di berbagai-bagai kawasan di sini mencapai +36…+38°C. Secara amnya, Sakha ialah kawasan Siberia yang tersejuk, dengan lembangan Sungai Yana mempunyai suhu-suhu yang paling rendah, serta ibun abadi yang mencapai 1,493 meter (4,900 kaki) tingginya. Bagi para perancang penempatan Empayar Rusia, kesejukan di sini tidak pernah dilihatkan sebagai suatu persoalan. Pada musim sejuk, Siberia Selatan berkedudukan di pusat Tekanan tinggi Siberia separa tetap dan oleh itu, angin-anginnya biasanya lembut ketika itu.

Hujan di Siberia umumnya sedikit dan melebihi 500 mm (20 inci) hanya di Kamchatka yang mendapat angin lembap yang mengalir dari Laut Okhotsk ke gunung-gunung tinggi — menghasilkan glasier-glasier utama yang tunggal di kawasan ini — dan di kebanyakan kawasan Primorye di hujung yang paling selatan yang pengaruh monsun boleh menghasilkan hujan musim panas yang agak lebat. Walaupun kawasan ini terkenal kerana terlalu sejuk, jumlah salji yang turun umumnya adalah terlalu sedikit, khususnya di bahagian timur kawasan ini.
Pokok Tirus
Pokok tirus (Taiga) pada musim sejuk


Siberian Animals
Siberian husky

Siberian white tiger


Soalan-soalan Ulangkaji
Pertanian campur di Siberia ialah menanam ______, oay, menternak lembu, ______ dan itik.

A. padi, kambing

B. ubi kentang, ayam

C. ubi kentang, anjing

D. padi, ayam

2. Kawasan Siberia, Rusia penting sebagai pengluar kayu-kayan tropika.————(Betul/Salah)

3. Kawasan yang manakah ditumbuhi hutan taiga yang paling luas di dunia?

A. Greenland

B. Siberia

C. Gurun Thar

D. Banjaran Titiwangsa

4. ______ merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk kerana Siberia ditumbuhi _______ yang paling luas di dunia.

5. ______ binatang dijalankan pada musim sejuk untuk mendapatkan bulu dan kulit.

Tuliskan jawapan anda dan menyemak jawapan anda dengan jawapan yang disediakan.

Jawapan:

1. B.

2. Salah

3. B.

4. Kegiatan pembalakan, hutan pokok tirus/hutan konifer

5. Kegiatan memburu dan menjerat



Senarai Rujukan
How Do I Post Comments?
If you’d like to post comments, here are the instructions:

1. Click on the title you’d like to comment on.

2. Scroll down and you will see a white box to post comments in.

3. Click on ‘Submit’ and you’re done!!

Latihan-latihan dari Buku Rujukan tentang Siberia
Pada musim panas, kegiatan ekonomi utama penduduk di Siberia ialah
A. menternak lembu tenusu dan ayam
B. menanam bijirin dan ubi kentang
C. memburu binatang
D. membalak

2. Pemburuan binatang untuk mendapatkan bulu dijalankan pada musim

A. sejuk
B. bunga
C. panas
D. luruh

3. Kaum Samoyed dan Yakut
Beruang, musang kecil, tupai dan rubah

Apakah aktiviti yang berkaitan dengan maklumat di atas?

A. pertanian
B. penternakan
C. pemburuan
D. pelancongan

4. Malaysia – 2°C(julat suhu tahunan)
Siberia – 65°C(julat suhu tahunan)

Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan julat suhu tahunan antara tempat di atas?

A. tekanan udara
B. kepulauan
C. kebenuaan
D. litupan awan

5. Pertanian di Siberia kurang maju disebabkan oleh

A. musim panas yang pendek
B. musim sejuk yang pendek
C. hujan sepanjang tahun
D. kedudukan yang jauh dari laut
Jawapan:

1. B

2. A

3. C

4. C
Nota-nota Ringkas tentang Siberia
1. mengalami iklim Siberia

2. musim panas – sederhana panas, singkat(15°C – 20°C)
musim sejuk – amat sejuk, panjang(-5°C to -17°C)

3. julat suhu tahunan – besar(melebihi 30°C)

4. musim bunga luruh – singkat

5. jumlah kerpasan – sedikit(500mm)

6. musim panas – hujan perolakan
musim sejuk – salji

7. musim sejuk mengehadkan pertanian
-pertanian campur di barat & barat daya Siberia(iklim lebih panas)

8. menternak lembu daging, lembu tenusu

9. pembalakan – kegiatan ekonomi utama
- hutan konifer hasilkan kayu jenis lembut utk buat perabot, pulpa, kertas

10. menebang pokok tirus – musim sejuk
- getah pokok konifer beku memudahkan kerja penebangan
- tanah beku & licin memudahlan balak ditarik ke sungai

11. kawasan hutan konifer – habitat semula jadi hidupan liar
- contoh: tupai, musang, rubah putih, mink

13. musim sejuk – menjerat binatang

bulu & kulit- buat pakaian panas & barang kulit

14, kegiatan perlombongan – gas asli, petroleum, batu permata, arang batu, emas, kuprum
- petroleum, gas asli di Sungai Vilyui & timur Siberia sejak 1960-an

5. A