Sunday 20 June 2010

Hutan Monsun Tropika di Thailand

Kawasan beriklim monsun tropika tergolong dalam iklim panas.MIn suhu ialah antara 22celcius -31celcius.Suhu tertinggi dalam bulan Mac dan April.Kawasan ini mempunyai musim kemarau yang nyata dan agak panjang.Hujan maksimum turun dalam panas.Oleh sebab itu,musim panas nya lembap.Musim hujan ialah pada MEI -SEPTEMBER dan bulan -bulan lain pual ialah kering.Purata hujan tahunan antara 1000-2000mm.Tumbuhan asal terdiri daripada hutan monsun tropika.Iklim ini menggalakkan pertumbuhan pokok daun luruh dan hutan.Hutannya tumbuh sederhana padat tetapi tumbuhan di lapisan permukaan bumi adalah semak.Terdapat dua lapisan pokok.Lapisan atas terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi.Lapisan bawah terdiri daripada pokok renek dan semak-samun.Pokoknya berbatang besar,berkulit tebal,berdsaun rimbun dan lebar.Pokok meluruhkan pada musim kemarau.Pokok-pokok tersebut tumbuh secara dirian tulen,iaitu mempunyai spesies yang sama dalam sesuatu kelompok seperti pokok jati.

No comments:

Post a Comment