Friday 18 June 2010

Tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di negara lain

Terdapat pelbagai jenis hutan di dunia. Antaranya ialah tumbuhan gurun(Gurun Sahara),tumbbuhan tundra(Siberia Rusia), tumbuhan mediterranean (Turki) dan tumbuhan monsun tropika (Thailand).Tumbuhan Di Gurun Sahara
Gurun Sahara terletak di benua Afrika.kawasan in merupakan kawasan yang kering dan panas sepanjang tahun kerana beriklim gurun. Jumlah hujan kurang 250mm setahun yang turun sekali-sekala . Julat suhu harian besar. Suhu harian waktu siang 38 °c - 44°c,suhu waktu malam pula ialah 10°c -16°c . Perbezaan suhu yang ketara dipengaruhi oleh faktor kekurangan litupan awan. Keadaan ini menyebabkan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang tahan panas sahaja dapat hidup di gurun Sahara.Tumbuh-tumbuhan di gurun Sahara hidup dengan menyesuaikan diri dengan keadaan suhu yang tinggi dan persekitaran yang kering. Pokok kaktus misalnya mempunyai kulit yang tebal bagi menghalang kehilangan air. Batang pokok berlendair untuk disesuaikan dengan keadaan yang sangat kering dan dapat menyimpan air.daunnya berkilat,liat atau berbulu untuk mengurang proses sejatan seperti pokok kaktus Prickly Pear. Liang stomata berada dibawah daun supaya dapat berlindung daripada rerik matahari.Kaktus mempunyai duri yang tajam sebagai senjata daripada menjadi makanan haiwan. Tumbuhan jenis rumput mempunyai akar yang panjang dan merebak (akar samun creosoe) untuk membolehkannya memperoleh air dari dalam tanah. Daunnya keras dan kasar.Pokok tumbuh jarang-jarang bagi membolehkan pokok menyerap embalan. Bagi tumbuhan berbunga,ianya mempunyai biji yang tahun kemarau. Biji bercambah kerika musim hujan, berbunga dan mengeluarkan biji benih baru dengan serta merta. Selepas 1 hingga 2 minggu, pokok akan mati. Biji benih akan kering menunggu musim hujan berikutnya. Tumbuhan di gurun Sahara termasuklah kaktus,rumput keras ,tumbuhan berbunga,pokok renek ,samun berduri dan akasia bantut yang kesemuanya tahan panas dan kemarau.

1 comment: