Friday 18 June 2010

faktor-faktor yang mempengaruhi Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi Negara Malaysia

kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia dipengaruhi oleh faktor-faktor:
(a)bentuk muka bumi (b)Iklim (c) Tanih (d) Saliran
faktor-faktor ini saling berkaitan mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semula jadi.

Iklim
Suhu kira-kira 27 celcius dan hujan tahunan 2600 mm telah menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi seperti hutan hujan tropika,hutan paya dan hutan pantai.
Hutan tersebut jenis malar hijau, iaitu menghijau sepanjang tahun kerana menerima hujan secara berterusan.Hutan hujan tropika tumbuh padat dan semak kerana pengaruh iklimn yang panas dan lembap sepanjang tahun.


Bentuk muka bumi
Terdapat bentuk muka bumi seperti tanah pamah,tanah tinggi,kawasan berpaya, pantai berlumpu dan pantai berpasir.kawasan berbukit yang ketinggiannya antara 300 hingga 1200 meter ditumbuhi hutan hujan tropika yang semak dan padat.pinggir laut berlumpur dan terlindung ditumbuhi hutan paya bakau seperti di pantai timur laut Sabah. Kawasan pedalaman yang ditakungi air ditumbuhi hutan paya air tawar seperti disekitar Tasik Loagan Bunut,Tasik bera dan dataran Johor. kawasan pantai berpasir yang ditumbuhi hutan pantai ialah Cherating(Pahang),Pantai Sri Tujuh (Kelantan) dan port Dickson(Negari sembilan). Kawasan tanah tinggi yang melebuhi8 1200m ditumbuhi hutan gunung seperti di Banjaran Crocker.

No comments:

Post a Comment